78 lampu solar dipasang di dua kampung di Kunak

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

78 lampu solar dipasang di dua kampung di Kunak

KUNAK: Sebanyak 78 unit lampu solar dipasang di Kampung Sri Bahagia dan Kampung Mostyn Lama, di sini, bagi meningkatkan tahap keselamatan serta menyediakan pencahayaan lebih baik, khususnya pada waktu malam.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Seri Anil Sandhu berkata, pemasangan lampu solar itu merupakan inisiatif Pejabat Adun Kunak yang memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

“Ia bertujuan meningkatkan kemudahan asas selain memastikan kesejahteraan dan keselesaan komuniti setempat terus diberi perhatian,” katanya ketika melakukan tinjauan di kampung berkenaan baru-baru ini.

Usaha menaik taraf infrastruktur turut dilaksanakan menerusi pembinaan jalan konkrit di laluan tertentu di Kampung Pangkalan Madai, Kampung Pangi Hujung dan Kampung Cenderawasih dalam kawasan DUN Kunak.

Anil berkata, hampir 50 peratus daripada kira-kira 40 kampung di Kunak telah menerima kemudahan lampu solar.

Menurutnya, pemasangan kemudahan itu dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan senarai kuantiti (BQ) serta permohonan yang dikemukakan oleh setiap kampung.

Antara kampung yang telah menerima kemudahan lampu solar ialah Kampung Getah, Kampung Singgah Mata, Kampung Buang Sayang, Kampung Kunak Jaya, Kampung Simpang Empat, Kampung Pangkalan, Kampung Sungai Langgas, Kampung Cenderawasih, Kampung Pangi, Kampung Lormalong, Kampung Dasar Baru dan Kampung Bagiang.

Beliau berkata, kampung yang belum menerima kemudahan berkenaan akan terus diteliti berdasarkan keperluan dan keutamaan semasa.

“Setakat ini, hampir 50 peratus kampung di kawasan ini sudah dipasang lampu solar mengikut BQ permohonan, manakala selebihnya akan diteliti berdasarkan keperluan,” katanya.

Peruntukan bagi pemasangan lampu solar itu merupakan sumbangan dana kerajaan negeri dan Persekutuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved