793 pelajar IPT Terengganu terima bantuan RM500

LocalPersonal Finance
16 Oct 2026 • 8:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 793 pelajar IPT Terengganu terima bantuan RM500

PETALING JAYA – Seramai 793 pelajar daripada golongan kurang berkemampuan di enam institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Terengganu menerima Bantuan Lestari Siswa Madani berjumlah RM396,500.

Bantuan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu diberikan secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada setiap pelajar dan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan serta menyediakan sokongan sara hidup kepada pelajar yang memerlukan.

“Dalam usaha meningkatkan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat tanpa mengira kaum, latar belakang mahupun status sosioekonomi, PTPTN melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi seperti Bantuan Lestari Siswa Madani.

“Saya berharap bantuan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan mengubah nasib keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah penerima, seramai 305 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima RM152,500, manakala 414 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima RM207,000.

Baki 74 penerima daripada empat politeknik iaitu Politeknik Hulu Terengganu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Besut dan Politeknik Kuala Terengganu menerima bantuan berjumlah RM37,000.

Majlis penyampaian bantuan itu berlangsung di Dewan Sultan Mizan, UMT pada 9 Oktober lalu.

PTPTN menegaskan komitmennya untuk meneruskan pelbagai inisiatif kebajikan bagi menyokong kesejahteraan pelajar serta agenda pendidikan tinggi negara.- KOSMO! ONLINE

The post 793 pelajar IPT Terengganu terima bantuan RM500 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved