Puluhan anjing liar ancam penduduk Seri Iskandar

16 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Puluhan anjing liar ancam penduduk Seri Iskandar

PARIT: Kehadiran puluh an anjing liar yang berkeliaran di sekitar bandar Seri Iskandar dan kawasan perindustrian di sini menimbulkan kebimbangan penduduk, peniaga serta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Tinjauan mendapati, haiwan berkenaan berkeliaran di beberapa lokasi termasuk sekitar bangunan lama terbiar yang dipenuhi semak samun dan dipercayai menjadi tempat ia berlindung.

Peniaga, Sabre Manap, 47, berkata, jumlah anjing liar semakin bertambah, terutama pada waktu malam, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai.

Menurutnya, haiwan ber­kenaan turut berkeliaran di kawasan perniagaan pada waktu tengah hari, petang dan ketika orang ramai pulang dari tempat kerja.

“Saya tengok anjing liar semakin banyak, sudah berpuluh-puluh ekor. Haiwan ini berkeliaran mencari makan dan saya bimbang ia menyerang manusia.

“Najisnya juga bertaburan di merata tempat manakala pe­langgan berasa tidak selesa untuk berkunjung ke kawasan perniagaan,” katanya.

Beliau berharap pihak ber­kuasa menjalankan operasi menangkap anjing liar bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk serta peniaga.

Sementara itu, seorang pelajar IPTA yang enggan dikenali berkata, mahasiswa yang tinggal di luar kampus dan berulang-alik ke universiti turut bimbang dikejar haiwan berkenaan.

Katanya, kehadiran anjing­ liar yang semakin banyak menyebabkan pelajar berasa ku­rang selamat ketika bergerak ke kampus.

“Kami berharap pihak ber­kenaan menjalankan operasi menangkap anjing liar di kawasan ini kerana jumlahnya semakin banyak,” katanya.

Penduduk berharap tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah itu sebelum berlaku kejadian tidak diingini. – UTUSAN

The post Puluhan anjing liar ancam penduduk Seri Iskandar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved