Amazon Ingin Membolehkan Pengguna Membayar Dengan Imbasan Tapak Tangan

TechnologyDigital
19 Jan 2020 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan perkembangan teknologi, pelbagai pihak melihat kepada memudahkan pengguna dalam melakukan pembayaran – terutamanya di kedai fizikal. Salah satu syarikat yang turut menerajui dan melihat kepada pelbagai kaedah baru adalah Amazon di Amerika Syarikat.

Terbaru, melalui laporan WSJ, Amazon dikatakan sedang melihat kepada kaedah melakukan pembayaran dengan hanya menggunakan imbasan tapak tangan pengguna.

Amazon dikatakan telah mula bekerjasama dengan pihak Visa untuk menguji terminal pembayaran berkenaan – dan ia lebih ditujukan kepada kedai fizikal, termasuk restoran dan sebagainya.

Langkah ini dijangka akan mempercepatkan lagi proses pembelian, selain memautkan sesuatu kad kredit terus kepada tangan pengguna – membuatkan pengguna tidak lagi perlu mengeluarkannya untuk pembayaran.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal lagi. Tidak diketahui lagi bagaimana Amazon akan mengatasi beberapa pertanyaan berkaitan dengan privasi, selain mengenal-pasti penipuan dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved