Selain Xperia 1 II dan Xperia Pro, Sony Xperia 10 II turut diumumkan dalam acara pelancaran secara atas talian yang baru sahaja berakhir. Walaupun mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Xperia 1 II, ia sebenarnya sebuah peranti kelas pertengahan.

Kamera utama menggabungkan sensor 12+8+7 MP dan kamera swafoto pula sebesar 8 MP. Tri-kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto zum optikal 2X.

Panel belakang peranti diperbuat daripada Gorilla Glass 6 yang tahan lasak. Melengkapi spesifikasi ialah kemampuan kalis air IP68 yang jarak dilihat pada sebuah peranti kelas pertengahan dan juga bicu audio 3.5mm pada bahagian atas. Sony Xperia 10 II akan ditawarkan bermula musim bunga 2020 tetapi harga masih belum diumumkan pada waktu ini.

