Pengguna OnePlus 7 Pro Diganggu Dengan Notifikasi Pelik Dari Pelayan OnePlus

1 Jul 2019 • 7:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiada telefon pintar yang sempurna. Tidak kira apa jenama, pasti akan ada masalah – tidak kira dari segi perkakasan atau perisian. Terkini, beberapa pengguna OnePlus 7 Pro telah menerima beberapa notifikasi pelik yang menjengkelkan.

Notifikasi pelik ini terpapar melalui aplikasi sistem OnePlus Push, yang mana adalah untuk OnePlus menghantar notifikasi berkaitan dengan kemaskini sistem. Akan tetapi, mesej yang terpapar adalah teks-teks dari karakter bahasa Korea dan juga abjad-abjad rawak seakan seseorang secara tidak sengaja menaip sesuatu. Apabila notifikasi itu ditekan, aplikasi pelayar web terbuka dan tiada apa-apa yang terpapar.

image is not available

Perkara ini membuatkan beberapa pengguna rasa takut dan risau akan keselamatan, kerana kebiasaannya karakter-karakter rawak sebegini adalah kod mesej dari penggodam atau virus. OnePlus kemudiannya telah keluarkan kenyataan, yang mana menyatakan notifikasi ini adalah isu daripada pelayan mereka – ketika sedang menguji kemaskini Android Q akan datang. Menurut OnePlus lagi, tiada sebarang isu sekuriti dan privasi terjejas – ia hanya kesilapan teknikal semata-mata.

image is not available

Perkara ini sudah pun dihentikan oleh OnePlus dan telah membaikinya. Jadi, pengguna tidak perlu risau akan apa-apa hal berkaitan sekuriti dan privasi. Saya tidak dapat notifikasi ini, anda pula bagaimana – dapatkah mesej pelik ini?

Sumber: [1], [2]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved