8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan pada 2025

LocalPolitics
2 Feb 2026 • 7:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rusdi (tengah) menyatakan statistik Januari hingga Disember menunjukkan WhatsApp mendominasi dengan 43 peratus kes penipuan tawaran pekerjaan di Malaysia.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan pada tahun lalu dengan platform WhatsApp menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan statistik Januari hingga Disember, WhatsApp mendominasi dengan 43 peratus kes penipuan tawaran pekerjaan di Malaysia iaitu 3,822.

"Telegram pula merekodkan 2,224, Facebook (1,638), Instagram (515), Google/Website (316) dan panggilan telefon 225 serta selebihnya adalah lain-lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rusdi berkata, ia menunjukkan peningkatan penggunaan aplikasi komunikasi dalam aktiviti penipuan pekerjaan.

"Sentiasa berhati-hati dan pastikan kesahihan tawaran pekerjaan yang diterima," katanya.