8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

Home & LivingLifestyle
17 Aug 2025 • 9:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

Air sering dianggap sebagai agen pembersih paling selamat, murah dan mudah didapati. Namun, tidak semua permukaan atau barangan sesuai dibersihkan dengan air.

Dalam beberapa keadaan, air sebenarnya boleh merosakkan material atau meninggalkan kesan yang sukar dipulihkan. Justeru, berikut kami kongsikan senarai benda yang tidak sepatutnya dibersihkan menggunakan air.

1. Kain baldu, sued & mikrofiber

Air boleh menyebabkan serat fabrik boleh menjadi keras atau meninggalkan corak tompokan kekal selepas kering.

Untuk membersihkannya, sebaiknya gunakan khidmat pencuci profesional yang mempunyai peralatan khas seperti berus fabrik lembut.

2. Lantai kayu & lamina

Walaupun lantai ini mempunyai lapisan kalis air, ia akan haus dari masa ke masa. Air yang meresap boleh menyebabkan kayu mengembang, bertukar warna kehitaman atau retak.

Sebaiknya gunakan mop mikrofiber rata bersama semburan larutan pencuci khas untuk lantai.

3. Peralatan elektronik

Air dan elektrik tidak serasi. Bersihkan elektronik dengan kain kering atau kain sedikit lembap menggunakan pencuci ringan. Jangan sekali-kali menyembur cecair terus pada peralatan elektronik.

4. Suis dan lampu

Membersihkan suis atau fixtur lampu dengan kain basah boleh menyebabkan risiko renjatan elektrik atau kebakaran. Gunakan kain kering atau pastikan sumber kuasa ditutup sebelum membersihkan.

5. Sutera

Air boleh menyebabkan kesan tompokan dan perubahan warna kekal pada kain sutera. Bagi membersihkannya, serahkan kepada pencuci kering profesional.

6. Kulit (Leather)

Air boleh meninggalkan kesan garis atau menyebabkan kulit retak. Gunakan pencuci khas untuk kulit bagi membersihkan sofa, beg atau pakaian kulit.

7. Pembakar dapur gas

Air boleh merosakkan pencucuh (igniter) pada dapur gas, menyebabkan ia berbunyi klik berterusan atau gagal berfungsi.

Gunakan kain yang disembur dengan pencuci, bukan semburan terus ke pembakar.

8. Perabot kayu

Air boleh menyebabkan kesan bulatan atau tompokan pada perabot kayu.

Untuk menjaganya, lap habuk secara berkala dengan kain mikrofiber dan sapukan pengilat kayu atau minyak lemon bagi memberi perlindungan.