8 Cedera Dalam Kemalangan Sembilan Kenderaan

10 Jan 2023 • 8:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gopeng malam tadi. - Gambar media sosial

IPOH - Lapan cedera manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gopeng, malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dibantu anggota dari Tapah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati, kemalangan dari arah belakang membabitkan dua buah lori treler dan tujuh kenderaan lain iaitu Volkswagen, BMW, Toyota Yaris, Perodua Alza, Aruz, Honda Civic dan CRV.

“Ia mengakibatkan lapan cedera yang diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala tujuh lagi terselamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tamat kira-kira 1 pagi.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan kira-kira 5.30 pagi, seorang wanita maut dilanggar lori kontena ketika berada di bahu jalan berikutan kenderaan jenis Honda Civic yang dinaiki sedang mengalami kerosakan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata mangsa disahkan meninggal dunia  di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama