Penunggang motosikal cedera ringan kemalangan

8 Jan 2023 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 53 tahun cedera ringan selepas motosikal jenis Modenas yang dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) kira-kira 8.40 pagi, Sabtu di Jalan Utara, Batu 6, di sini.

Ketua Polis Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, sebelum kemalangan 4WD jenis Ford Ranger yang dipandu lelaki berumur 36 tahun sedang bergerak dari Batu 4 menuju keluar pusat bandar.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum masuk semula ke laluan asal

“Kenderaan berkenaan juga terlanggar motosikal mangsa,” katanya

Susulan kemalangan, beliau berkata, penunggang motosikal itu mengalami cedera ringan manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sampel darah mangsa dan pemandu 4WD turut diambil bagi tujuan toksilogi, katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.