8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
30 Jul 2026 • 4:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur.

"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak. Manakala di Terengganu pula termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

"Selain itu, di Pahang pula melibatkan Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin. Sementara di Selangor termasuk Gombak dan Hulu Langat.

"Bagi Negeri Sembilan, daerah yang diramal hujan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol. Beberapa daerah di Johor juga diramal hujan seperti Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved