Dua Negeri, Satu Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
30 Jul 2026 • 11:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Negeri, Satu Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Dua Negeri, Satu Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Selangor, Sabah dan seluruh WP Labuan diramal hujan.

"Di Selangor, daerah yang diramal hujan adalah Klang dan Kuala Langat.

"Manakala di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved