
8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, seluruh WP Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.
"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang hanya di Seberang Perai Selatan.
"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Beralih ke Pahang, kawasan yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron. Sementara di Selangor pula seperti Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.
"Bagi Johor, daerah yang diramal hujan adalah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Telang Usan).
"Di Sabah pula seperti Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Tawau," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut


