8 pelajar dakwa jadi mangsa gangguan seksual – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 8 pelajar dakwa jadi mangsa gangguan seksual – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Sekurang-kurangnya lapan pelajar membabitkan Institusi Pendidikan Mara mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima mesej daripada beberapa pelajar berhubung dakwaan tersebut.

“Saya terus minta pengurusan ambil tindakan serta-merta untuk menggantung dahulu staf terbabit untuk melancarkan siasatan agar tiada gangguan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut memujuk pelajar terbabit supaya membuat laporan polis kerana perkara itu membabitkan kes jenayah.

“Saya pelik pelajar-pelajar ini lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding dengan pihak pengurusan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya memberi jaminan bahawa tiada kes akan disorok atau didiamkan atas apa jua alasan.

“Tiada istilah nak jaga nama baik institusi jika melibatkan keselamatan dan kebajikan pelajar,” katanya.

Dalam hantaran sama, Asyraf Wajdi mengingatkan supaya tidak takut membuat laporan terhadap sebarang salah laku, terutamanya yang melibatkan gangguan seksual.

“Mara tidak sesekali kompromi perilaku songsang dan akan ambil tindakan tegas termasuk buang kerja terhadap yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 8 pelajar dakwa jadi mangsa gangguan seksual – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved