Mara gantung petugas terkait dakwaan gangguan seksual

16 Aug 2026 • 12:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mara gantung petugas terkait dakwaan gangguan seksual

PETALING JAYA: Seorang petugas Majlis Amanah Rakyat (Mara) digantung tugas serta-merta susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan Mara (IPMa).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terbabit.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan Mara mengambil tindakan segera.

“Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah. Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan.

“Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual. Mara tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terbabit,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. – UTUSAN

The post Mara gantung petugas terkait dakwaan gangguan seksual appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved