8 Pemain Bola Rebah Serentak, Seorang Maut Dipanah Petir

4 Nov 2024 • 9:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

8 Pemain Bola Rebah Serentak, Seorang Maut Dipanah Petir

Seorang pemain bola sepak dilaporkan maut akibat dipanah petir ketika beraksi dalam satu perlawanan liga sosial di Peru, pada Ahad.

Jose Hugo de la Cruz Meza, 39, pemain pertahanan yang mewakili Familia Chocca meninggal dunia sejurus tiba di hospital untuk menerima rawatan, kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan).

Menurut Mirror UK kejadian itu berlaku ketika kelab yang diwakili mangsa turun menentang Juventud Bellavista dalam aksi yang berlangsung di Chilcam, wilayah Huancayo.

Pemain bola sepak di Peru maut, dipanah petir

Penjaga gol Familia Chocca, Juan Choca turut dilapor mengalami kecederaan melecur yang serius dalam kejadian itu.

Dua lagi pemain yang turut menjadi mangsa, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun dikatakan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut Mirro UK, sekurang-kurangnya lapan orang terlibat dalam insiden itu. Bagaimanapun, tiada maklumat dilaporkan berhubung nasib empat lagi mangsa.

Video mengenai insiden berkenaan menjadi tular di media sosial

Terdahulu, tular rakaman video insiden menunjukkan detik-detik beberapa pemain rebah serentak di atas padang akibat panahan petir.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sejurus perlawanan digantung akibat cuaca buruk dan para pemain sedang dalam perjalanan meninggalkan padang.

Ketika kejadian itu berlaku, Juventud Bellavista sedang mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0, sebelum aksi terpaksa ditamatkan lebih awal.

Sumber: Swissinfo, Mirror UK

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved