Pemain Bola Sepak Dungun FA Maut Terlibat Kemalangan

LocalFootball
8 Oct 2024 • 4:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemain Bola Sepak Dungun FA Maut Terlibat Kemalangan

KUALA TERENGGANU, 8 Okt (Bernama) — Seorang pemain bola sepak kelab amatur Dungun FA maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Che Lijah, Dungun, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Aidi Kasim, 25, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi cedera parah di bahagian kepala dan badan akibat kemalangan pada 10.35 malam itu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata setibanya mangsa di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Alza dipandu seorang peniaga lelaki berusia 19 tahun dari bahu jalan sebelah kiri telah masuk ke laluan digunakan Muhammad Aidi yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R.

“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kanan kereta Perodua Alza berkenaan. Kemudian datang sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun lalu melanggar mangsa yang terjatuh di atas jalan.

“Muhammad Aidi yang bekerja sebagai polis bantuan mengalami kecederaan parah telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat di bawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maizura berkata dua lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved