8 Penumpang Berdepan Detik Cemas, Kereta Kabel Tersangkut 15 Jam Di Pakistan

Entertainment
23 Aug 2023 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seramai lapan orang penumpang berdepan detik cemas apabila kereta kabel yang dinaiki mereka terkandas di tengah-tengah tali itu selama 15 jam.

Insiden cemas itu berlaku di sebuah lembah yang terpencil di Pakistan, kerja-kerja menyelamat bermula dengan membantu dua kanak-kanak yang merupakan pelajar sekolah selepas hampir 12 jam gondola itu tersangkut di udara.

Menurut laporan Harian Metro, anggota penyelamat melakukan zipline dengan menggunakan kabel yang sama yang mengelakkan gondola daripada terjunam ke dalam lembah, semua mangsa yang terkandas dapat diselamatkan dalam masa 15 jam.

“Apabila semua individu diselamatkan, keluarga itu mula menangis kegembiraan dan berpelukan antara satu sama lain.

Orang ramai berdoa kerana dikhuatiri tali (kabel) itu akan putus. Orang ramai terus berdoa sehingga orang terakhir diselamatkan,” kata pegawai kecemasan, Waqar Ahmad.

Sesudah itu, tentera kemudian mengesahkan operasi menyelamat itu ditamatkan, insiden itu mendapat perhatian ramai susulan video kereta kabel itu tergantung di udara tular di media sosial.

Kereta kabel yang membawa penumpang dan kadangkala kereta itu, merupakan perkara biasa di seluruh kawasan utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan. Ia merupakan pengangkutan yang menghubungkan kampung dan bandar di situ.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.