8 syarikat Perak sertai MIHAS 2025, sasar jualan RM2 juta

LocalBusiness & Finance
19 Sep 2025 • 12:03 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

8 syarikat Perak sertai MIHAS 2025, sasar jualan RM2 juta

image is not available

19/09/2025 - 12:03

Pavilion Perak mempamerkan pelbagai produk halal usahawan tempatan. Oleh Zaki Salleh

IPOH 19 Sept - Sebanyak 8 usahawan negeri Perak dibawa menyertai pameran produk halal terbesar negara, MIHAS 2025 dengan sasaran jualani keseluruhan mencecah RM2 juta.

Antara usahawan Perak yang mengambil bahagian di Pavillion Perak seperti Setia Selama Enterprise, Kilang Rempah Ratus Asli, Variety Hub Supplier dan HFL Hygiene Industry Sdn. Bhd.

Turut serta Kuhot Holdings (M) Sdn. Bhd., Zaktar Group Sdn. Bhd., Ema Q Solution dan destinasi percutian alam semulajadi, Glamping Park Travel and Tour Sdn. Bhd.

Penyertaan usahawan Perak ini diselaraskan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) selaku agensi bertanggungjawab.

image is not available
Mohamad Rozlan (dua dari kanan) semasa meninjau Pavilion Perak pada MIHAS 2025.

Pengarah STeP, Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, penglibatan usahawan Perak pada MIHAS 2025 sebagai platform strategik memperkukuhkan jenama serta meluaskan pasaran produk halal negeri ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, MIHAS 2025 bukan sahaja membuka peluang rangkaian perniagaan dan pelaburan, malah membantu memperkukuh jenama usahawan tempatan di mata dunia.

“Penganjuran MIHAS kali ini juga dilihat sebagai satu usaha berterusan dalam mengangkat Malaysia sebagai hab halal terkemuka di peringkat global.

“Penyertaan tahun ini memberi fokus kepada sektor makanan dan minuman, pelancongan halal, produk kebersihan, serta barangan pengguna yang berasaskan bahan semula jadi.

image is not available

image is not available

“Dengan penyertaan aktif daripada usahawan muda dan syarikat baharu, negeri Perak optimis untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran halal antarabangsa melalui platform MIHAS pada masa akan datang,” ujarnya.

Jelas Mohamad Rozlan, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, STeP tampil sebagai penyelaras utama bagi penyertaan usahawan negeri Perak di bawah Pavilion Negeri Perak.

Melalui proses pemilihan ketat oleh pelbagai agensi, syarikat usahawan Perak yang terpilih mempunyai potensi besar untuk diketengahkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelabur serta pembeli antarabangsa.

image is not available

MIHAS 2025 membuka tirainya semalam di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Acara berprestij yang berlangsung sehingga 20 September ini menghimpunkan pemain industri halal dari seluruh dunia dalam usaha memacu pertumbuhan pasaran halal global. - DagangNews.com

standard