8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023

16 Apr 2023 • 12:30 PM MYT
Ezna Khalili
Ezna Khalili

Ibu kepada seorang anak remaja yang suka menulis dan mengembara.

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber: Ezna Khalili                                                                                                  

Apa yang boleh dikatakan oleh penulis ialah tradisi yang lazimnya oleh mereka yang menyambut hari kemenangan. Penulis ingin berkongsi 5 tradisi hari raya seperti yang dialami oleh penulis sendiri. 

1. Solat sunat aidilfitri di surau atau masjid. 

Tanda bersyukur kita ke atas kebesaran yang esa sehingga dapat menyambut hari kemenangan dan berjaya mengharung berpuasa selama sebulan. Lazimnya selepas bangun pagi, penulis akan bersiap-siap mandi sunat aidilfitri dan mengenakan pakaian yang baru atau selesa. Bila dah makin berusia, baju baru tidak lagi menjadi prioriti. Prioriti baju baru jatuh kepada anak. 

2. Memakai pakaian tradisional

Pada pagi hari raya, umat Islam akan memakai baju melayu bersamping bagi lelaki dan wanita pula sopan menggayakan baju kurung. 

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber : Ezna Khalili

3. Balik kampung

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber : Ezna Khalili                                                                                                

Tidak lengkap hari raya kita jika tidak berkunjung ke kampung halaman. Pengunjung akan berkunjung ke kampung halaman di Perak atau di Kedah. Walaupun selalunya jalan raya menuju ke arah utara akan sesak dengan kenderaan, tetapi semangat untuk merayakan hari raya dengan yang tersayang berkobar-kobar. Jika penat, berhentilah dahulu untuk berehat di R&R supaya akan segar kembali sebelum meneruskan perjalanan. 

4. Duit raya

Duit raya tidaklah wajib untuk diberi tetapi pemberian duit raya sebagai tanda sedekah kepada mereka yang tersayang. Selalunya duit raya akan dimasukkan ke dalam sampul raya yang berwarna-warna. Golongan kanak-kanaklah yang paling teruja menerima sampul raya. Kenangan ketika penulis dan adik-beradik  ketika mama masih hidup, walau dah menginjak dewasa pun masih menerima duit raya dari mama. Kini ia tinggal kenangan kerana mama pun sudah tiada lagi di dunia ini.

5. Memohon kemaafan

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber : Ezna Khalili

Memohon kemaafan di pagi hari raya juga tradisi yang tidak dapat dilupakan. Golongan muda akan memohon kemaafan kepada golongan dewasa tak terkecuali juga anak-anak memohon kemaafan kepada ibu bapa dan suami isteri memohon kemaafan diantara mereka. Ya lah setahun berlalu, pasti ada kata dan tutur bicara yang mungkin mengguris perasaan. Pada pagi yang mulia inilah kemaafan dipinta supaya tidak ada lagi perbuatan yang menjeruk rasa. 

6. Penyediaan makanan tradisi

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber : Ezna Khalili

Lazimnya malam sebelum raya, ahli keluarga dan penulis sendiri akan menyediakan juadah raya seperti lemang, ketupat, rendang dan kuih raya. Tidak lengkap rasanya jika hidangan ini tidak dihidangkan di atas meja. Hidangan ini mengambil masa juga untuk menyediakannya. 

7. Kunjung mengunjung amalan mulia

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber : Ezna Khalili

Apa lagi yang lebih menggembirakan daripada mengunjungi mereka yang tersayang. Mungkin dek kesibukan bekerja, membataskan untuk berjumpa dan berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara. Peluang di hari raya inilah kita semua dapat berkumpul dan bertanya khabar berita. Jangan bertangguh untuk mengunjungi mereka, manalah tahu raya pada tahun hadapan gambar ini mungkin tidak akan lengkap.

8. Mengunjungi pusara

Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Sumber : Ezna Khalili

Bukan hanya mengunjungi mereka yang masih ada tetapi juga buat mereka yang telah tiada. Penulis juga mengunjungi pusara ahli keluarga sambil membersihkan kawasan sekitar pusara. Walaupun mereka sudah tiada, tetapi mereka tetap bersemadi di dalam hati. 

Amalan tradisi yang baik perlulah diteruskan untuk generasi yang akan datang mengikut bak kata pepatah "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 


Image from: 8 Tradisi Hari Raya yang tidak dilupakan #RAYA2023
Hantar artikel/video berkaitan #RAYA2023 dan menangi hadiah wang tunai sebanyak RM8,000! Ketahui lebih lanjut di sini.


Ezna Khalili adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.