Selepas tamat sesi uji bakat menyeluruh di lima lokasi utama termasuk Sabah dan Sarawak, 80 individu berjaya melayakkan diri sebagai peserta program realiti fizikal 'Jaguh Rakan Muda' anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersama Astro dalam misi merebut hadiah utama bernilai RM100,000.




