TTMM: Marsya & Liza Hanim Dinobat Juara Musim Pertama

EntertainmentLifestyle
13 Oct 2025 • 5:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Liza Hanim (kanan) & Marsya gembira dengan kemenangan mereka - Gambar Instagram

Program realiti keluarga popular Astro, Talk To My Manager (TTMM) musim pertama selamat melabuhkan tirai semalam dan ia pastinya meninggalkan kenangan manis buat Liza Hanim dan Marsya yang diumumkan sebagai juara.

Gandingan ibu dan anak yang sama cantik itu berjaya menambat hati juri serta penonton melalui persembahan mantap, disiplin tinggi dan hubungan erat antara sepanjang pertandingan berlangsung.

Sebagai juara, mereka membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi selepas menumpaskan lima pasangan lain yang turut memberikan saingan sengit hingga ke minggu akhir.

image is not available
Gambar Amirah Abu Bakar

Dalam ucapan selepas diumumkan sebagai juara, Marsya meluahkan rasa syukur dan terharu atas kemenangan tersebut.

“Saya sangat bersyukur dan tak sangka boleh menang. Ini bukan sekadar rezeki saya, tapi juga untuk Mama yang banyak berkorban dan sentiasa jadi tunjang semangat saya,” katanya sambil tersenyum.

Liza Hanim pula menyifatkan kemenangan mereka sebagai bukti usaha keras dan keserasian yang terjalin bukan hanya di rumah, tetapi juga di pentas.

“Saya bangga dengan Marsya. Dia bukan saja berbakat, tapi berani untuk berdiri sendiri dan belajar selok-belok dunia hiburan sebenar,” katanya.

Berikut ialah senarai penuh pemenang TTMM 2025 :

Juara: Liza Hanim & Marsya

Naib Juara: Shuib & Thalita

Tempat Ketiga: Sharifah Shahirah & Audra

Tempat Ke-4: Ameng & Ammar

Tempat Ke-5: Ina Naim & Hadie

Tempat Ke-6: Siti Saerah & Amad - Getaran, 13 Oktober 2025