812 individu ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu, Ops Bersepadu Sempadan

26 May 2024 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhamad Zaki

KOTA BHARU - Polis menahan 812 individu disyaki memiliki dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mereka terdiri daripada 793 lelaki dan 19 perempuan berusia antara 16 hingga 72 tahun.

"Operasi itu memberi tumpuan di kawasan penagih terlibat dalam penyalahgunaan dadah, selain bertujuan mengekang penyeludupan masuk bahan terlarang itu dari negara jiran melalui sempadan negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952.

Katanya, selain itu, pasukan polis turut menyita pelbagai dadah dan harta yang dianggarkan bernilai RM887,588. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!