82,637 petugas kesihatan dikecualikan bekerja syif 45 jam seminggu

11 Jul 2025 • 9:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 11 JULAI: Kerajaan bersetuju memberi pengecualian terhadap pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu kepada lima skim perkhidmatan kritikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), dengan menetapkan waktu bekerja hanya 42 jam seminggu.

Pengecualian itu melibatkan seramai 82,637 petugas barisan hadapan, merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan serta pembantu perawatan kesihatan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh petugas kesihatan terhadap pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Kerajaan meneliti secara mendalam keperluan operasi serta hakikat tugas kritikal yang dipikul oleh petugas kesihatan yang terlibat secara langsung menyelamatkan nyawa pesakit dari katil ke katil tanpa mengira masa.

“Tanggungjawab sebegini menuntut tahap kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang amat tinggi,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPA, langkah berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI yang sentiasa mendengar suara rakyat dan menjaga kebajikan petugas kesihatan yang menjadi tunjang utama sistem kesihatan negara.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved