
Kota Kinabalu: Kira-kira 84 orang dipenjara kerana melakukan kesalahan imigresen.
84 itu yang terdiri daripada warga Indonesia, Filipina dan Pakistan mengaku secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dana Arabi Wazani, atas pertuduhan dikenakan ke atas mereka di Pusat Tahanan Sementara Imigresen di Papar.
Tiga puluh satu daripada mereka masing-masing dipenjara tiga bulan manakala 32 lagi dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen yang sah.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more 16 lagi dipenjara tiga bulan kerana tinggal di negeri ini selepas pasport mereka tamat tempoh.
Sementara itu, empat lagi yang masuk ke negeri ini secara haram dan melanggar syarat pada pasport mereka dipenjara lapan bulan serta dua kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan.
Tetapi mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman itu secara serentak.
Salah seorang tertuduh yang memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen sah dan kembali secara tidak sah selepas dihantar pulang, dijatuhi hukuman lapan bulan serta dua kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan dan hukuman itu dijalankan secara serentak.
Kesemua 84 orang itu diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Pegawai Pendakwa Mohd Hairul Bona dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
