Volocopter berjaya melakukan sebuah lagi ujian penerbangan teksi terbang mereka kali ini di Singapura. Penerbangan ujian selama dua minit yang dilakukan semalam memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh mereka sendiri tahun lalu.
Ini menjadikan Singapura negara ketiga selepas Jerman dan UAE ujian penerbangan terbuka dilakukan. Sebuah Volocopter 2X yang diterbangkan oleh seorang juruterbang melakukan demonstrasi sekitar Marina Bay Sands. Di tempat yang sama, prototaip lapangan teksi terbang Volo Port juga telah diperlihatkan buat kali pertama.

