
Kota Kinabalu: Sebanyak 863 belia dari Kota Kinabalu dan Labuan berjaya dihimpunkan sempena program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) 2.0 Zon Borneo 1 di Kampung Tagaroh, Kota Marudu.
Berlangsung selama tiga hari acara disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Adam Adli berkata penganjuran program berkenaan adalah sebagai langkah memperkukuh agenda pemerkasaan belia luar bandar. Beliau menyatakan dapatan daripada program itu akan menjadi input penting dalam merangka gerak kerja pembangunan belia negara.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kembara Jom berperanan sebagai platform untuk pemprofilan belia luar bandar, penubuhan persatuan baharu, galakan penyertaan belia serta pelaksanaan kajian sosioekonomi dan keperluan belia setempat.
“Sebanyak RM31,710 telah disalurkan melalui pelbagai agensi untuk penduduk Kampung Tagaroh yang akan dimanfaatkan 10 keluarga dan komuniti setempat termasuk lampu solar sempena program itu,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut Adam Adli berkata pengisian program Kembara Jom 2.1 Zon Borneo 1 merangkumi sesi dialog awam bersama timbalan menteri melibatkan 863 belia, program anak angkat dan aktiviti kesukarelawanan.
Menurutnya antara aktiviti lain termasuklah program pembangunan kepimpinan belia, keusahawanan sosial dan advokasi Nilai Teras Malaysia Madani.
Kembara Jom edisi Borneo dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut terlibat Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRS), Impact Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM).



