
Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) akan menghantar pasukan dengan enam ahli untuk menyertai Kejohanan Terbuka Belia Asia ke-2 merangkap Kem Latihan yang dianjurkan oleh Persekutuan Karate Asia dan dikelolakan oleh Persatuan Karate China di Linping, Hangzhou, China dari 12 hingga 16 Ogos.
Kontinjen yang berlepas ke China pada pagi Isnin itu diketuai oleh jurulatih Farlin Veroney M Frederick dan Mahfudz Azeem Ag Hashim.
Atlet yang terlibat ialah Al Zovainz Zurizal, Neyo Chai Xiao Le, Danish Rayyan Rajis, Muhammad Farish Danish Mohd Saidin, Putra Rayn Nazwan Heryzuan dan Muhd Noah Hidayatullah yang turut ditemani oleh ibu bapa masing-masing.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Setiausaha Agung SKA Julian Chin berkata tiada sasaran diletakkan kepada kontinjen terbabit dan tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka.
Pada kejohanan sama tahun lalu yang diadakan di Wuhan, China, SKA yang diwakili 19 atlet menamatkan saingan di tempat ketujuh keseluruhan dalam kategori kelab dengan meraih satu emas, lima perak dan empat gangsa.


