88 kedai pejabat K Commercial Camellia dibina Klanggroup bernilai RM112 juta di Bukit Beruntung habis ditempah

10 Nov 2026 • 12:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

88 kedai pejabat K Commercial Camellia dibina Klanggroup bernilai RM112 juta di Bukit Beruntung habis ditempah Image from: 88 kedai pejabat K Commercial Camellia dibina Klanggroup bernilai RM112 juta di Bukit Beruntung habis ditempah johardy10/11/2026 - 12:30 Dari kiri: Dr. Sathia Prakash a/l Nadarajan; Dewi Dirwana binti Munasir; Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa; Julaihah binti Jamaludin; Joshua Pung See Hua; Angelin Yap Lay Fong; Liong Chee Hou; dan William Saye Wei Liam. Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

SHAH ALAM 10 Nov - Klanggroup Development Sdn Bhd menyempurnakan penyerahan milikan kosong pembangunan K Commercial Camellia di Bukit Beruntung, Rawang, yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM112 juta, dengan kesemua 88 unit kedai pejabatnya habis ditempah.

 

Projek pegangan bebas di Hulu Selangor itu merangkumi kedai pejabat dua tingkat di atas tanah seluas kira-kira 4.04 hektar (9.98 ekar), dengan keluasan binaan bermula daripada 2,660 kaki persegi, menurut pemaju itu dalam kenyataan  media.

 

Pengarah Eksekutifnya, Danny Ong berkata, syarikat melihat peluang pembangunan komersial di luar pusat perniagaan utama Selangor, khususnya di kawasan seperti Hulu Selangor.

 

“Bagi kami, perkara yang penting ialah memahami keperluan setiap lokasi dan memastikan hartanah yang kami bangunkan bersesuaian dengan keperluan perniagaan serta komuniti setempat,” katanya.

 

Menurut Ong, pendekatan Klanggroup adalah mengenal pasti lokasi yang mempunyai potensi jangka panjang sambil mengambil kira keperluan pasaran dan keperluan praktikal bakal penghuni.

 

Pendekatan itu turut diterapkan dalam pelaksanaan projeknya, dengan tumpuan kepada penyediaan ruang komersial yang berfungsi serta dilengkapi infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan.

 

Penyerahan itu menyusuli inisiatif pembangunan bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang dilancarkan pada Februari 2025, melibatkan hartanah komersial di Bandar Bukit Beruntung dan Bandar Serendah.

 

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Penyelaras Parlimen Hulu Selangor merangkap Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash a/l Nadarajan; Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, Dewi Dirwana Munasir; Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa; Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin.

 

Selain itu, Pengarah Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pengarah Klanggroup, Joshua Pung See Hua; Pengarah Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pengarah Klanggroup, Angelin Yap Lay Fong; Pengarah Eksekutif Klanggroup, Liong Chee Hou; dan Pengarah Eksekutif Klanggroup, William Saye Wei Liam.


 

solar
Dari kiri: Dr. Sathia Prakash a/l Nadarajan; Dewi Dirwana Munasir; Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa; Julaihah Jamaludin; Joshua Pung See Hua; Angelin Yap Lay Fong; Liong Chee Hou; dan William Saye Wei Liam.


 

K Commercial Camellia mempunyai akses ke Lebuhraya Utara–Selatan, dengan pintu masuk lebuh raya terdekat terletak kira-kira dua minit perjalanan, menurut syarikat itu.

 

Pembangunan tersebut turut menyediakan lebih 900 petak parkir serta ruang komersial yang direka untuk menampung pelbagai aktiviti perniagaan, termasuk peruncitan dan perkhidmatan.

 

Klanggroup berkata, penyerahan itu berlangsung ketika Selangor memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan seimbang di seluruh negeri menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026–2030.

 

Pemaju yang beribu pejabat di Setia Alam, Shah Alam itu, dahulunya dikenali sebagai WorldKlang Group Holdings Sdn Bhd, mempunyai pengalaman operasi lebih sedekad dalam pemerolehan, perancangan, reka bentuk dan pembangunan hartanah perindustrian, komersial serta kediaman.

 

Setakat akhir Disember 2025, portfolionya meliputi lebih 348.03 hektar (860 ekar) dengan GDV gabungan melebihi RM5 bilion. Jenama pembangunan perindustriannya termasuk Excellent Technology Park dan K International Industrial Park. - DagangNews.com

Terkini featured standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved