88 penghuni hilang tempat tinggal, rumah panjang terbakar

15 Jan 2025 • 8:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. - Gambar hiasan

SIBU - Sekurang-kurangnya 88 penghuni Rumah Paulus Yan, Nanga Bawan, Kanowit, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu, Andy Alie berkata, kesemua penghuni rumah panjang 15 pintu di Jalan Nibong Tada itu berjaya menyelamatkan diri masing-masing tanpa sebarang kecederaan.

"Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 12.14 tengah hari.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah yang digerakkan ke lokasi berjaya mengawal kebakaran pada 2 petang manakala operasi tamat sepenuhnya pada 4.50 petang.