Lelaki hilang dibawa arus semasa menyeberang sungai

13 Jan 2025 • 9:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit pada Isnin. Foto Bernama

SIBU - Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.50 tengah hari semasa Mohamad Hamizan Reduan dalam perjalanan pulang ke rumahnya, apabila dia hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai.

Satu pasukan melibatkan 11 anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah kenderaan utiliti dan dua bot penyelamat untuk mengesan lelaki itu.

Sementara itu, dua pusat perpindahan sementara telah dibuka di Kanowit pada Isnin berikutan kejadian banjir, dengan 40 orang berlindung di pusat berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved