GrabFood Akan Beroperasi Seperti Biasa Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

TechnologyDigital
17 Mar 2020 • 8:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan telah pun mengumumkan yang mana akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat-kuasa 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 kelak. Ini adalah salah satu langkah dalam mengawal dan mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Selari dengannya, sejumlah premis telah diarahkan ditutup – kecuali untuk beberapa perkhidmatan penting negara. Hal ini sekaligus membawa kepada pertanyaan berkenaan beberapa perkhidmatan yang digunakan meluas seperti GrabFood.

Bercakap mengenainya, kini pihak Grab mengumumkan yang mana perkhidmatan GrabFood, GrabMart, seru-pandu Grab, dan GrabExpress akan terus beroperasi seperti biasa.

Grab turut mengatakan mereka akan kekal menyokong komuniti, selain akan berkongsi pelbagai perkembangan dari semasa ke semasa.