Aplikasi Google Dengan Tetapan Mod Gelap Tersendiri Kini Diedarkan Kepada Semua Pengguna Beta

TechnologyDigital
18 Feb 2020 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi-aplikasi dari Google sudah banyak dikemaskini agar menyokong mod tema gelap. Kebanyakan aplikasi ini akan mempunyai tetapan tersendiri dengan kemampuan mengubah tema ke gelap, cerah atau mengikuti sistem. Jika memilih “System default” – tema aplikasi hanya akan menjadi gelap jika tema sistem adalah gelap. Dukacitanya, sehingga hari ini – aplikasi Google masih tidak mempunyai sokongan ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, aplikasi Google dengan mod tema gelap masih lagi dalam fasa percubaan (beta) dan belum sedia diedarkan kepada semua. Hanya baru-baru ini, aplikasi Google versi beta telah dikemaskini dengan kemampuan mengubah tetapan tema tersendiri. Sebelum ini ia hanyalah kemaskini dari bahagian pelayan dan tidak semua pengguna beta menerimanya. Dengan kemaskini ini, ada kemungkinan versi stabil akan hadir tidak lama lagi. Tekan pautan di bawah jika anda ingin mencubanya.

Cuba Aplikasi Beta Google Di Sini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved