Live Caption Turut Akan Hadir Ke Google Chrome

TechnologyDigital
14 Feb 2020 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam, kami laporkan yang Samsung Galaxy S20 adalah peranti bukan Pixel pertama yang akan menyokong fungsi Live Caption. Fungsi ini adalah fungsi mentranskrib audio kepada teks yang terhad kepada peranti Google Pixel sebelum ini.

image is not available

Terkini, terdapat satu lagi platform yang akan menyokong Live Caption – ia adalah Google Chrome. Ini bermakna, kelak memainkan apa juga audio atau video pada Google Chrome – audio akan ditranskrib menjadi teks dan akan berfungsi sebagai sarikata bagi mereka yang kurang daya pendengaran atau sukar memahami bahasa Inggeris.

Menurut commit SODA (Speech On-Device API), ia adalah perkara yang sukar untuk dibangunkan. Ini kerana, segalanya tidak akan disimpan dalam storan awan dan akan kekal di dalam peranti sahaja. Fungsi ini pula adalah masa nyata dan akan mentranskrib serentak ke teks setiap audio tersebut. Buat masa ini, ia juga masih berada di peringkat awal pembangunan dan tidak pasti bila ia akan diperkenalkan kepada umum. Dengan Google Chrome yang banyak memakan RAM, untuk mengoptimasikan fungsi ini pasti akan mengambil masa yang lebih lama.