Apple mula memasang iPhone di India pada tahun 2017. Langkah ini diambil bagi mengurangkan harga jualan peranti yang di luar kemampuan kebanyakan pengguna India. Pada awalnya hanya iPhone SE dihasilkan sebelum kedengaran ura-ura pemasangan iPhone X awal tahun ini. Kini iPhone 6s dan iPhone 7 yang dipasang di India telah mula dieksport untuk pasaran Eropah.

Ini dilihat sebagai langkah Apple untuk mengurangkan pergantungan kepada pengilang mereka di China. Sebelum ini Apple dilaporkan akan memindahkan sehingga 30% pengilangan mereka keluar dari China kerana tarif yang ingin dikenakan oleh Amerika Syarikat.

