Kerajaan Memberikan Topeng Muka Dan Sanitasi Tangan Secara Percuma Untuk Penghantar Makanan

TechnologyDigital
26 Mar 2020 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Belia dan Sukan hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan agihkan lebih kurang 5000 topeng muka dan juga sanitasi tangan secara percuma kepada semua penghantar makanan – tidak kira dari GrabFood, FoodPanda dan sebagainya.

image is not available

Topeng muka dan sanitasi tangan percuma ini akan diagihkan bermula 27 Mac 2020 pada pukul 9 pagi di beberapa lokasi – iaitu di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan, JBSN Negeri Sembilan, dan Spacerubix Puchong.

Penawaran ini adalah untuk yang terawal, dan sementara stok masih ada. Bagi anda yang terlibat dalam penghantaran makanan, mungkin boleh mendapatkan penawaran ini bermula esok, 27 Mac 2020.