9 ahli akademik UCSI tersenarai sebagai saintis terbaik dunia Universiti Stanford

16 Oct 2023 • 12:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

9 ahli akademik UCSI tersenarai sebagai saintis terbaik dunia Universiti Stanford

zulfadli

16/10/2023 - 12:00

KUALA LUMPUR 16 Okt - Seramai sembilan ahli akademik Universiti UCSI merangkumi 2% tersenarai sebagai saintis terbaik dunia daripada Universiti Stanford.

UCSI memaklumkan, pencapaian ini menandakan peningkatan sebanyak 50% daripada jumlah senarai enam akademik tahun lepas.

Ahli akademik yang tersenarai termasuk, Prof Ulung Dr Phang Siew Moi, Prof Ulung Dr Ooi Keng Boon, Prof Kanan Dr Garry Tan Wei Han, Prof Dr Richard Peter Bailey, Prof Datuk Dr Ng Seik Weng, Prof Madya Dr Mehrbakhsh Nilashi, Prof Madya Dr Eric Chan Wei Chiang, Prof Madya Dr Eugene Aw Cheng Xi, dan Prof Madya Dr Shayla Islam.

"Prof Ooi dan Dr Nilashi dikategorikan dalam 0.17% teratas dunia, manakala enam ahli akademik UCSI menduduki 1% teratas. Tujuh ahli akademik juga diiktiraf sebagai tiga penyelidik terbaik di Malaysia berdasarkan bidang dan sub-bidang masing-masing.

"Timbalan Naib Canselor UCSI (Penyelidikan dan Pengajian Pascasiswazah), Prof Phang disenaraikan sebagai saintis terkemuka di Malaysia dalam bidang biologi serta sub-bidang biologi marin dan hidrobiologi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UCSI, Prof Ooi disenaraikan sebagai penyelidik utama Malaysia dalam sub-bidang sistem maklumat serta perniagaan dan pengurusan, manakala Prof Bailey menduduki tempat pertama dalam sub-bidang sains sukan.

Sementara itu Phang berkata, penyelidikan merupakan aspek penting dalam usaha mereka di UCSI dan beliau gembira dapat melihat lebih ramai ahli akademik diiktiraf di peringkat global.

image is not available
Prof Ulung Dr Phang Siew Moi

"Kami akan terus menekankan penyelidikan berimpak tinggi untuk menghasilkan impak yang lebih besar dan kami akan bekerjasama dengan lebih ramai lagi saintis terbaik di dunia," katanya.

Tambah beliau, UCSI mempunyai 21 lagi profesor adjung yang disenaraikan dalam senarai tahunan yang mengiktiraf saintis dan ahli akademik paling banyak dipetik (most-cited) dari seluruh dunia.

image is not available

UCSI menonjol sebagai salah satu universiti swasta terbaik di Asia menurut QS World University Rankings 2024. Ia dikategorikan dalam kelompok 1% terbaik dunia berdasarkan kedudukan 300 teratasnya. - DagangNews.com