
PETALING JAYA – Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pada pagi ini.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian dengan bacaan 179.
Selain itu, kawasan lain yang turut merekodkan IPU tidak sihat ialah di Samarahan (161), Kuching (161), Sibu (158), Mukah (156) dan Sarikei (155), Sri Aman (155), Bintulu (142) dan Samalaju (141).
Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 153.
Sementara itu, 55 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana manakala Perlis, Kedah dan Pahang merekodkan bacaan pada tahap baik.- KOSMO! ONLINE
The post 9 kawasan di Sarawak, Johan Setia catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Digital.






