
KOTA BELUD: Sembilan masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. di sini, menerima sumbangan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata, sumbangan terbabit merupakan acara tahunannya sejak menjadi wakil rakyat di Kadamaian.
“Saya memulakan penyampaian sumbangan kepada semua masjid, surau dan gereja sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan Krismas.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya akan teruskan acara ini setiap tahun untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan persaudaraan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.
Majlis penyerahan terbabit diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Adun Kadamaian di sini, Jumaat.
Ewon menambah, sumbangan itu juga adalah tanda keprihatinan dan perpaduan kepada semua lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama di Kadamaian.
Sementara itu, wakil Masjid Abu Bakar Kampung Lobong Lobong, Mohd Nizam Al Hafiz Kasiman berkata, sumbangan itu amat dihargai oleh penduduk Muslim kampung itu.
“Saya mewakili penduduk Muslim di Kampung Lobong-lobong mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Ewon.
“Kami amat menghargai keprihatinan beliau yang tidak memilih bangsa atau agama dalam kepimpinan dan bantuan yang diberikan,” katanya.
Wakil Masjid Kampung Tambulion, Fandi Rajin berkata, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan Ewon terhadap kepelbagaian kaum dan agaman komuniti di Kadamaian.
“Saya percaya acara seumpama ini mampu memperkukuhkan nilai kebersamaan dan perpaduan rakyat,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, urusetia Pusat Khidmat Ahli Parlimen Penampang turut menyampaikan sumbangan korban kepada enam jawatankuasa masjid dan surau di kawasan parlimen Penampang.


