9 Maut, 7 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Pusat Beli Belah Di Texas

7 May 2023 • 12:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sembilan orang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak pada Sabtu di sebuah pusat beli-belah di Allen, Texas. - Tangkap layar dari video tular di media sosial

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak pada Sabtu di sebuah pusat beli-belah di Allen, Texas, lapor CBS News memetik Jabatan Bomba Allen.

Jabatan Polis Allen berkata di Twitter pada hari Sabtu bahawa tembakan di Allen Premium Outlets menyebabkan sembilan orang maut, lapor Sputnik.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan pegawai penguat kuasa.

CBS melaporkan pada Sabtu memetik Jabatan Bomba Allen bahawa tujuh mangsa ditemukan mati di tempat kejadian. 

Sembilan mangsa yang cedera dibawa ke hospital, tetapi dua daripadanya meninggal dunia. 

Tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala empat lagi mangsa stabil, menurut pihak bomba. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved