‘Sampai Ada Staff Kena Histeria’, Pusat Beli-Belah Di Kuching ‘Keras’

4 May 2023 • 8:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Niat mahu anak-anak main di playground, malah kejadian menyeramkan berlaku

‘Sampai Ada Staff Kena Histeria’, Pusat Beli-Belah Di Kuching Keras. Seorang ibu mendedahkan pengalamannya di kompleks beli-belah ‘menakutkan’ selepas anak-anaknya diganggu ketika bermain di taman permainan.

Menerusi hantarannya di Facebook itu, dia menyatakan bahawa seorang anaknya bernama Afan ditutup mulut manakala, anaknya seorang lagi, Afeef melihat ‘tangan’ bermain piano.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: dream

“Anak main playground dalam pusat beli-belah di Kuching ‘diganggu‘. Si Afan kena tutup mulut, si Afeef lihat tangan main piano, padahal mereka berdua sahaja dalam playground tersebut,” ujar ibunya di laman Facebook miliknya.

“Patutlah takda orang main, sampai ada pasangan suami isteri berkata, ‘jangan sampai malam kita di sini,” tambahnya lagi dengan cerita menyeramkan itu.

Ramai netizen kena ganggu di pusat beli-belah yang sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tahu di mana keberadaan pusat beli-belah tersebut iaitu di Moyan Square, Kuching.

Bukan itu sahaja, malah kebanyakkan mereka turut menceritakan kisah yang sama tentang diganggu oleh ‘makhluk halus’ di situ. Bahkan, ada yang mendakwa, seorang kakitangan pernah kena histeria di tempat tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Baca juga kisah yang berkaitan: