9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Petang Ini

LocalEnvironment
16 Jun 2026 • 4:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Petang Ini

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka , Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan.

"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

"Manakala di Kelantan di Jeli, selain Terengganu pula termasuk Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

"Bagi Pahang, beberapa daerah diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

"Sementara di Selangor daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dijangka hujan. Di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Tampin dan Melaka hanya Jasin.

"Di Johor, beberapa daerah diramal hujan seperti Tangkak, Muar dan Mersing.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

"Sabah pula termasuk kawasanPedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.