Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara hingga 9 malam

LocalEnvironment
14 Jun 2026 • 5:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara hingga 9 malam
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di semua negeri dan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di semua negeri dan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi amaran pada 4.35 petang memaklumkan cuaca buruk itu diramal berlaku di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kuala Lumpur.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Kelantan hanya melibatkan Gua Musang.

Bagi Pahang, amaran meliputi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera serta Rompin manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Jelebu, Jempol dan Tampin, manakala di Melaka melibatkan Jasin serta beberapa daerah di Johor, iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, kawasan diramal mengalami cuaca itu ialah Sebauh (Bintulu), Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi (Miri) serta seluruh bahagian Limbang.

Di Sabah pula amaran dikeluarkan bagi seluruh bahagian Pedalaman dan Pantai Barat, selain Tongod serta Telupid (Sandakan) dan Kota Marudu (Kudat). - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved