9 Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
21 Aug 2025 • 4:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

9 Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Bagi negeri di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, seluruh negeri itu diramal hujan.

“Bagi Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Manakala di Kelantan pula seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Terengganu, kawasan yang dijangka hujan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Beberapa kawasan di Pahang juga diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron dan Lipis. Sementara di Johor pula di daerah Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.