
KINABATANGAN: Sembilan pekerja ladang dilapor terhidu racun serangga jenis Carbosulfan UN3077 semasa menjalankan aktiviti membaja pokok sawit pada jam 9.00 pagi tadi di ladang yang berkeluasan 20 ekar di sebuah ladang di Ladang di Kinabatangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 3.11 petang melalui talian balai segera menghantar enam anggota dari balai itu menggunakan kelengkapan pelindung diri (PPE) ke lokasi sejauh 45km dari balai itu.
AdvertisementKatanya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian.
Tambahnya, pasukan Bomba bertindak menutup kawasan dan membuat persempadanan dengan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada keberbahayaan lain yang wujud.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam pada itu, Azlan berkata, pasukan Bomba juga menasihati pemilik ladang untuk sentiasa menggunakan PPE yang sesuai semasa kerja-kerja ketika meracun.
Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang selepas operasi terkawal pada jam 5.30 petang.




