“90% operated by students” – Pelajar SMK Derma Buat ‘Live Stream’ Kejohanan Bola Sepak Terima Pujian Netizen

LocalFootball
19 Jun 2026 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 06 19T165833.128

Zaman sekarang, bakat dan kebolehan anak muda sememangnya tidak boleh dipandang rendah. Jika dahulu tugasan penyiaran dan pengendalian siaran langsung (live stream) sering diserahkan sepenuhnya kepada golongan profesional, kini pelajar sekolah pun sudah mampu melakukan tugasan tersebut dengan cukup efisien!

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Perlis, sedang sibuk di sebalik tabir mengendalikan penyiaran langsung bagi Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2026.

Apa yang lebih mengagumkan, video berkenaan mendedahkan bahawa 90 peratus daripada operasi live stream pada petang tersebut adalah hasil kerja tangan pelajar SMK Derma sendiri!

Cekap Kendalikan Alatan Penyiaran Profesional

Menerusi klip video berdurasi pendek itu, jelas kelihatan barisan pelajar yang memakai jersi biru gelap ‘MEDIA’ begitu fokus menjalankan tugas masing-masing di dalam bilik kawalan mini.

Bukan sekadar memegang kamera, malah ada di antara mereka yang bertindak sebagai pengarah teknikal, mengawal panel suis video (video switcher), memantau audio, serta memastikan grafik skor di skrin sentuh sentiasa dikemas kini mengikut perlawanan yang sedang berlangsung di padang.

Malah, sebahagian daripada mereka turut dilihat berada di atas perancah (scaffolding) tinggi di tepi padang, cekap mengendalikan kamera besar di bawah cuaca yang agak bahang demi memberikan sudut visual terbaik buat penonton di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan bangga melihat kebolehan luar biasa yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar SMK Derma ini. Ramai yang memuji pihak sekolah dan guru pembimbing kerana memberikan kepercayaan serta peluang keemasan untuk anak-anak muda ini mengasah bakat dalam bidang teknikal.

1 2

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.