90 Pelajar & 9 Guru Alami Keracunan Makanan Lepas Makan ‘Ayam Gunting’

Entertainment
1 Jul 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes keracunan bukanlah pertama kali berlaku di negara kita ini dan tidak dapat dinafikan ianya semakin berleluasa.

Terbaru, sebuah sekolah di Batu Pahat ditutup dua minggu bermula Jumaat selepas terdapat kes keracunan makanan selepas 90 orang serta 9 tenaga pengajar difahamkan berpunca daripada ayam gunting yang dijual di kantin sekolah tersebut.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut laporan Berita Harian, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan kimia sampel ayam goreng tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, berkata keputusan laporan itu dijangka akan diperoleh dalam masa dua atau tiga hari lagi.

“Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 27 Jun lalu apabila seramai 90 pelajar dan sembilan tenaga pengajar mengalami keracunan makanan setelah makan ayam goreng di kantin sekolah terbabit.

Daripada 99 individu yang keracunan makanan itu, hanya 11 individu sahaja menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan atau klinik swasta kerana sakit perut.

Kita telah mengambil makanan tersebut untuk dihantar ke makmal untuk mengetahui sama ada ia menjadi punca keracunan ini berlaku atau sebaliknya. Keputusan itu dijangka diterima dalam masa dua ke tiga hari lagi,” katanya.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.