91 Peratus Kandungan Medsos Yang Diarahkan Untuk Dipadamkan Adalah Berkaitan Penipuan Atau Perjudian

LocalPolitics
25 May 2026 • 9:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Januari 2026 sehingga kini, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah meminta platform-platform media sosial untuk memadamkan sebanyak 271,421 kandungan yang disiarkan di platform-platform tersebut.

Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengesahkan perkara tersebut, dengan mengatakan bahawa setinggi 91 peratus kandungan yang perlu dipadamkan tersebut adalah berkaitan dengan penipuan (scam) dan perjudian atas-talian.

Beliau turut mengatakan bahawa 81 peratus daripada kandungan perjudian dan 58 peratus daripada kandungan penipuan yang diperlihatkan secara atas-talian di Malaysia dipertontonkan melalui platform Facebook.

Image from: 91 Peratus Kandungan Medsos Yang Diarahkan Untuk Dipadamkan Adalah Berkaitan Penipuan Atau Perjudian

Beliau juga telah diberi taklimat oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia bahawa sepanjang tahun lepas, bank-bank Malaysia telah berjaya menghalang penipuan kewangan yang menyelamatkan sebanyak RM1.2 bilion pelanggan daripada dicuri oleh sindiket penipuan.

Walaupun begitu, sindiket-sindiket ini masih berjaya menyebabkan kerugian bernilai RM2.7 bilion sepanjang tahun lepas, dan ini adalah sesuatu yang masih perlu diperbaiki lagi oleh semua pihak.

Datuk Fahmi Fadzil berucap sewaktu acara Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026 yang merupakan acara anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga dihadiri oleh Global Anti-Scam Alliance (GASA).

Pembangunan sebuah pasukan petugas sedang dibincangkan dengan kerjasama pelbagai pihak, trmasuklah kerajaan, agensi-agensi keselamatan, syarikat telekomunikasi dan perbankan untuk mempereratkan kolaborasi dan memastikan data pengguna dan wang rakyat kekal selamat.

Pasukan petugas ini dijangka akan diperkenalkan dua ke tiga minggu selepas ia dibentangkan di Parlimen.

[sumber]Bernama[/sumber]