911 gegar Kota Kinabalu 1 Oktober ini

LocalEntertainment
17 Aug 2024 • 11:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

KUMPULAN ikonik British, 911 meraikan perjalanan seni tiga dekad mereka dengan mementaskan konsert eksklusif di Malaysia.

Menariknya sempena konsert itu, trio pop British terbabit akan singgah di Kota Kinabalu pada 1 Oktober ini, sebelum mereka ke Kuala Lumpur pada 3 Oktober.

Konsert di Kota Kinabalu akan berlangsung di Dewan Hakka, manakala di KL akan diadakan Zepp Kuala Lumpur.

“Konsert ini bakal menjanjikan sesuatu yang tidak akan dilupakan sempena meraikan perjalanan karier selama 30 tahun kumpulan itu,” menurut penganjur, dalam kenyataan baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Dikenali dengan lagu-lagu hit yang menduduki carta, 911 akan membawa peminat menyusuri perjalanan nostalgia melalui katalog lagu mereka yang luas, termasuk lagu klasik seperti Bodyshakin, I Do, dan All I Want Is You.

Ditubuhkan pada awal 1990-an, 911 yang terdiri daripada Lee Brennan, Jimmy Constable, dan Simon “Spike” Dawbarn, dikenali menerusi lagu dengan melodi yang menarik dan lirik yang penuh perasaan.

Dengan deretan album dan single yang berjaya, mereka telah mengukuhkan kedudukan mereka dalam sejarah muzik pop.

Tiket boleh didapati secara atas talian dengan peminat boleh memilih untuk mendapatkan tiket standard atau VIP, yang termasuk sesi bertemu dan beramah mesra serta peluang bergambar dengan kumpulan itu.

Konsert ini turut disokong oleh Tourism Malaysia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.