
Kota Kinabalu: Lebih 5,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam acara Hari Sukan Negara (HSN) 2024 yang dijadualkan pada 12 Oktober ini di Kompleks Sukan Keningau bermula jam 7 pagi.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan program kebangsaan peringkat Sabah.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata mereka menyasarkan warga emas berumur 60 tahun ke atas, veteran (40-60), belia dan dewasa (13-30), orang kelainan upaya (OKU) serta wanita dan kanak-kanak.
“HSN2024 akan mengetengahkan konsep sukan baharu Malaysia Madani dan sukan rakyat untuk penyatuan kesejahteraan serta menjunjung prinsip saling hormat-menghormati.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more “Ia bagi meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan ke arah budaya sukan yang menyeluruh melalui pelaksanaan program sukan yang komprehensif, dan untuk mewujudkan komuniti yang cergas dan aktif.
“Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta menggalakkan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan,” katanya pada Selasa selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur pertama.
Aktiviti yang terlibat dalam program tahun ini termasuk senamrobik, larian untuk negara, HSN ride, berjalan kaki Ria Madani, cabaran senamrobik mega, sukan tradisional dan lain-lain.
Penyertaan adalah percuma dan hadiah disediakan untuk beberapa penyertaan aktiviti utama dan setiap peserta akan menerima sijil digital atau e-Cert HSN 2024.
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui portal HSN 2024 ( https://www.harisukanegara.my ) Facebook Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Facebook Rasmi jabatan belia dan sukan (Persekutuan) negeri serta akaun Instagram dan Twitter mereka.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


